Tuesday, February 20, 2007

"Selamat Tahun Baru Cina"

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.......

Kepada semua kaum Cina diucapkan "Selamat Tahun Baru Cina"

Kepada warga SMTD selamat kembali ke sekolah, setelah menghadapi peperiksaan TOV 1 (Test Off Value) selama 2 minggu kemudian bercuti selama 4 hari sekarang ini kembali kepada kehidupan seharian...

Baru separuh kertas peperiksaan pelajar yang baru aku tanda, mengambil masa untuk menanda kertas Fizik ni, ye lah pelajar yang saya ajar ialah 3 kelas dan setiap pelajar ada 3 kertas yang hendak ditanda....letih tul. Tapi apabila melihat cara pelajar ini menjawab, rasanya mereka perlu diperkasakan lagi supaya bersedia menempuhi SPM 2007 ini.

Petang ini akan diadakan latihan rumah sukan, pelajar diminta untuk berlari di sekeliling kawasan sekolah untuk memanaskan badan. Ini kerana pertandingan merentas desa akan dilakukan pada 2 minggu yang akan datang, Insyaallah