Showing posts with label PBS. Show all posts
Showing posts with label PBS. Show all posts

Friday, December 6, 2013

PMR Guna Kaedah Baru Tahun Depan

Kuala Lumpur - Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan dilaksanakan menerusi sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menggantikan peperiksaan pusat, bermula tahun depan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching, berkata kaedah baru itu merangkumi empat komponen iaitu Pentaksiran Sekolah; Pentaksiran Pusat; Pentaksiran Aktiviti Jasmani; Sukan dan Kokurikulum dan pentaksiran Psikometrik.

Gambaran holistik potensi
Katanya, perkara ditaksir adalah pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan nilai menjurus kepada pentaksiran profil, pencapaian, perkembangan dan penyertaan murid.

Beliau berkata, laporan pentaksiran peringkat menengah rendah adalah dalam bentuk pernyataan keputusan yang memberi gambaran lebih menyeluruh dan holistik mengenai potensi murid.

"PMR tidak dimansuhkan mulai tahun depan, sebaliknya penambahbaikan dengan penekanan terhadap pentaksiran pembelajaran.

"Ia meliputi dua aspek iaitu pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran mengenai pembelajaran," katanya menjawab soalan Datuk  Sapawi Ahmad (BN-Sipitang) di Dewan Rakyat, semalam.

Sapawi meminta penjelasan Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai persediaan jika ada pelajar gagal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana mereka tiada kelulusan akademik selepas PMR dimansuhkan.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Disember 2010 bersetuju penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan PMR menekankan kepada pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran mengenai pembelajaran.

Iktiraf sumbangan guru
Kain Ching berkata, pelaksanaan PBS juga memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah dan memberi pengiktirafan terhadap sumbangan guru dalam pencapaian murid.

"Jaminan kualiti yang merangkumi aktiviti pementoran, pemantauan, penyelarasan dan pengesanan dilaksanakan di semua peringkat bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran," katanya.

PMR Guna Kaedah Baru Tahun Depan



Sunday, November 17, 2013

Tambah Baik Dasar PBS Januari

Besut - Dasar Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang sedang dilaksanakan di sekolah di seluruh negara akan diteruskan dengan penambahbaikan mulai Januari tahun depan.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, satu mesyuarat khas dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Madinah Mohamad, diadakan semalam bagi melihat semua kekurangan dan masalah supaya dapat dilaksanakan lebih cekap dan tidak membebankan guru.

Katanya, antara yang diberikan penekanan termasuk memperbaiki pelaksanaan dengan penumpuan kepada sistem PBS yang didakwa oleh guru tidak boleh digunakan kerana ada kelemahan dalam penggunaan sistem talian dan program pengisian yang tiada penyelarasan.

"Kali ini kita akan pastikan sistem pengisian markah pelajar dapat digunakan dengan lebih mudah melalui penggunaan tidak banyak sistem bagi semua mata pelajaran secara integrasi," katanya selepas merasmikan majlis berkhatan dan bertindik peringkat Parlimen Besut anjuran Majlis Kebudayaan Daerah Besut, di Balai Budaya di Kampung Raja di sini semalam.

Guna satu modul
Menurutnya, kementerian cuba melaksanakan PBS dengan tidak menggunakan tidak terlalu banyak modul penilaian, malah akan dicadangkan dengan hanya satu saja nanti.

Idris bagaimanapun kesal dengan tindakan sesetengah pihak termasuk pembangkang yang cuba memainkan isu PBS tanpa mendalami dengan lebih halus objektif pelaksanaannya.

Katanya sebelum ini pelbagai pihak menyatakan sistem pelajaran di negara ini lebih berorentasikan peperiksaan yang menyebabkan ramai pelajar bosan dan tercicir dalam pelajaran.

"Bertindak balas atas pandangan rakyat, kerajaan memperkenalkan PBS yang menilai dan mendidik pelajar secara menyeluruh dalam semua aspek tetapi kini mereka tetap menyatakan ia tidak sesuai," katanya.

Justeru, Idris meminta semua pihak memahami PBS yang diwujudkan daripada Pelan Pembangunan Pensisikan Malaysia (PPPM), mencakupi semua aspek pendidikan serta berusaha memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas menjelang 2020. - BERNAMA


JANA DUIT DARI BLOG
Jangan klik, kalau anda telah tahu RAHSIA ini :