Showing posts with label Arkib Berita Harian 2013. Show all posts
Showing posts with label Arkib Berita Harian 2013. Show all posts

Friday, December 6, 2013

PMR Guna Kaedah Baru Tahun Depan

Kuala Lumpur - Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan dilaksanakan menerusi sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menggantikan peperiksaan pusat, bermula tahun depan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching, berkata kaedah baru itu merangkumi empat komponen iaitu Pentaksiran Sekolah; Pentaksiran Pusat; Pentaksiran Aktiviti Jasmani; Sukan dan Kokurikulum dan pentaksiran Psikometrik.

Gambaran holistik potensi
Katanya, perkara ditaksir adalah pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan nilai menjurus kepada pentaksiran profil, pencapaian, perkembangan dan penyertaan murid.

Beliau berkata, laporan pentaksiran peringkat menengah rendah adalah dalam bentuk pernyataan keputusan yang memberi gambaran lebih menyeluruh dan holistik mengenai potensi murid.

"PMR tidak dimansuhkan mulai tahun depan, sebaliknya penambahbaikan dengan penekanan terhadap pentaksiran pembelajaran.

"Ia meliputi dua aspek iaitu pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran mengenai pembelajaran," katanya menjawab soalan Datuk  Sapawi Ahmad (BN-Sipitang) di Dewan Rakyat, semalam.

Sapawi meminta penjelasan Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai persediaan jika ada pelajar gagal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana mereka tiada kelulusan akademik selepas PMR dimansuhkan.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Disember 2010 bersetuju penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan PMR menekankan kepada pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran mengenai pembelajaran.

Iktiraf sumbangan guru
Kain Ching berkata, pelaksanaan PBS juga memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah dan memberi pengiktirafan terhadap sumbangan guru dalam pencapaian murid.

"Jaminan kualiti yang merangkumi aktiviti pementoran, pemantauan, penyelarasan dan pengesanan dilaksanakan di semua peringkat bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran," katanya.

PMR Guna Kaedah Baru Tahun Depan



Thursday, November 28, 2013

Permohonan Pertukaran Guru Melebihi Kekosongan Ditawar

Kuala Terengganu - Kementerian Pendidikan tidak dapt memenuhi permohonan pertukaran, berikutan ketidakseimbangan perjawatan dan kekosongan di kawasan yang dipohon.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata kementerian sentiasa berusaha memenuhi permohonan guru pulang berkhidmat di negeri masing-masing atau mengikut pasangan.

"Namun, perkara itu tidak dapat dilaksanakan dalam jangka pendek kerana permohonan terutama untuk Kelantan, Terengganu dan Kedah, melebihi kekosongan jawatan di negeri terbabit.

"Kementerian seboleh-bolehnya mahu semua guru balik mengajar di negeri masing-masing bersama keluarga mereka.

"Namun, keadaan perjawatan dan opsyen sudah penuh, kita tidak mampu meluluskan permohonan. Ini yang menyebabkan masalah besar hingga menyebabkan guru marah kepada kerajaan," katanya selepas melawat Universiti Darul Iman (UNISZA), semalam.

30,000 tak dapat diserap
Beliau berkata, perjawatan guru di Kelantan hanyalah 28,054, tetapi jumlah guru yang berasal dari negeri itu di seluruh negara adalah 57,740 orang.

Justeru, katanya kementerian tidak dapat menyerap hampir 30,000 guru yang berasal dari negeri itu untuk kembali mengajar di kampung halaman kerana penempatan perlu mengikut kekosongan dan opsyen subjek pengajaran.

"Begitu juga di Terengganu, jumlah permohonan pertukaran adalah 1,267 tetapi kekosongan hanya 169, manakala di Kedah, permohonan 1,523 berbanding kekosongan 274 tempat.

"Kementerian ada memberi ruang kepada guru yang mengajar di Sabah, pulang mengajar di Johor tetapi mereka menolak kerana mahu mengajar di negeri itu," katanya.

Idris berkata, kementerian akan melaksanakan pengambilan guru mengikut keperluan negeri masing-masing dan ia sedikit sebanyak diharap membantu mengatasi masalah berkenaan.

Katanya, ia juga bagi mengatasi keciciran permohonan yang berlaku sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan guru terutama yang berjauhan dengan pasangan masing-masing.



Monday, November 18, 2013

Bangunan Bentuk Telefon Bimbit


Bangunan berbentuk telefon bimbit dengan tangan memegang alat komunikasi itu boleh dilihat di Jalan Huancheng, Kunming yang juga ibu kota Yunnan. Bangunan setinggi 11 tingkat itu yang berbentuk telefon bimbit bertujuan menarik minat penduduk mengunjunginya. Tingkapnya juga dicat dengan beberapa nombor dengan pejabat sebelah atas seolah-olah skrin telefon bimbit. Sejak siap, bangunan itu menarik perhatian ramai dan menjadi antara tarikan utama Kunming.


JANA DUIT DARI BLOG
Jangan klik, kalau anda telah tahu RAHSIA ini :

Sunday, November 17, 2013

Tambah Baik Dasar PBS Januari

Besut - Dasar Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang sedang dilaksanakan di sekolah di seluruh negara akan diteruskan dengan penambahbaikan mulai Januari tahun depan.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, satu mesyuarat khas dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Madinah Mohamad, diadakan semalam bagi melihat semua kekurangan dan masalah supaya dapat dilaksanakan lebih cekap dan tidak membebankan guru.

Katanya, antara yang diberikan penekanan termasuk memperbaiki pelaksanaan dengan penumpuan kepada sistem PBS yang didakwa oleh guru tidak boleh digunakan kerana ada kelemahan dalam penggunaan sistem talian dan program pengisian yang tiada penyelarasan.

"Kali ini kita akan pastikan sistem pengisian markah pelajar dapat digunakan dengan lebih mudah melalui penggunaan tidak banyak sistem bagi semua mata pelajaran secara integrasi," katanya selepas merasmikan majlis berkhatan dan bertindik peringkat Parlimen Besut anjuran Majlis Kebudayaan Daerah Besut, di Balai Budaya di Kampung Raja di sini semalam.

Guna satu modul
Menurutnya, kementerian cuba melaksanakan PBS dengan tidak menggunakan tidak terlalu banyak modul penilaian, malah akan dicadangkan dengan hanya satu saja nanti.

Idris bagaimanapun kesal dengan tindakan sesetengah pihak termasuk pembangkang yang cuba memainkan isu PBS tanpa mendalami dengan lebih halus objektif pelaksanaannya.

Katanya sebelum ini pelbagai pihak menyatakan sistem pelajaran di negara ini lebih berorentasikan peperiksaan yang menyebabkan ramai pelajar bosan dan tercicir dalam pelajaran.

"Bertindak balas atas pandangan rakyat, kerajaan memperkenalkan PBS yang menilai dan mendidik pelajar secara menyeluruh dalam semua aspek tetapi kini mereka tetap menyatakan ia tidak sesuai," katanya.

Justeru, Idris meminta semua pihak memahami PBS yang diwujudkan daripada Pelan Pembangunan Pensisikan Malaysia (PPPM), mencakupi semua aspek pendidikan serta berusaha memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas menjelang 2020. - BERNAMA


JANA DUIT DARI BLOG
Jangan klik, kalau anda telah tahu RAHSIA ini :

Tak Perlu Malu!!!!!


"Tidak apa-apa yang perlu dimalukan dengan kekalahan ini. Kami menunjukkan aksi bertenaga," kata pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagopal selepas skuad bimbingannya tewas 1-0 kepada Bahrain pada aksi Kumpulan D kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Nasional Manama, malam kelmarin.

Rajagopal tetap dengan penderian betapa beliau tidak merasa malu dengan kekalahan itu kerana baginya peluang Harimau Malaya masih ada untuk layak apabila memiliki baki dua perlawanan lagi.

Pemain seharusnya tidak panik dan terus berfikiran positif bagi mengharungi baki dua perlawanan itu, iaitu bertemu Qatar di Stadium Shah Alam, Selasa ini dan Yaman pada Mac 2014.

Peluang masih ada
"Kami perlu terus kekal positif kerana masih ada dua lagi perlawanan untuk mempamerkan aksi terbaik. Kami juga perlu ambil setiap perkara dengan positif kerana peluang untuk layak masih ada," katanya yang dipetik menerusi www.gulfdaily-news.com, semalam.

Pengendali berusia 57 tahun itu mengakui berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan anak didiknya apabila berjaya bertahan dan tidak memberi peluang Bahrain menghampiri gawang walaupun menguasai perlawanan.

"Pada separuh masa pertama, kami bertahan dengan baik dan tidak memberi ruang kepada lawan menghampiri gol. Babak kedua, pemain memberi respon baik dengan memiliki beberapa peluang namun gagal disudahkan dengan baik. Keseluruhannya, bukan senang untuk Bahrain meraih kemenangan ini," katanya.

Yang jelas kekalahan itu membawa Rajagopal memilih jalan sukar dan memberi banyak tekanan kepada anak buahnya kerana Harimau Malaya wajib menewaskan Qatar pada perlawanan kelima di Stadium Shah Alam, Selasa ini.

Ini kerana keputusan seri atau tewas akan menyebabkan Malaysia tidak dapat menghuni dua tangga teratas layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia.

selepas empat perlawanan dalam saingan Kumpulan D itu, Malaysia kekal di tangga ketiga dengan mengumpul mata, dibelakang Bahrain (10) dan Qatar (9) manakala Yaman tercorot tanpa sebarang mata.

Pada perlawanan itu, Malaysia berjaya bertahan 70 minit namun minit ke-71, gawang yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat gagal menafikan percubaan Ismaeel Abdulatif selepas bijak menyempurnakan kesilapan Aidil Zafuan Radzak.

Oleh Mohd Fitrie Muhamad (mfitrie@bh.com.my)

JANA DUIT DARI BLOG
Jangan klik, kalau anda telah tahu RAHSIA ini :

Thursday, November 14, 2013

Ramai Guru Mohon Balik Kampung


Kuala Lumpur - Kementerian Pendidikan mendedahkan ramai warga guru di negara ini memohon pulang ke kampung halaman masing-masing berbanding permohonan pertukaran untuk bertugas di tempat sama dengan pasangan.

Keadaan ini menyebabkan kementerian sukar memenuhi keperluan pertukaran guru, apatah lagi ia tertakluk kepada kekosongan perjawatan dan keperluan perkhidmatan.

Tempatkan di kawasan yang sama
Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan, berkata kementerian sentiasa berusaha menempatkan guru bertugas di kawasan yang sama dengan pasangan bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan senang dan selesa.

Bagaimanapun, ramai guru memohon pulang ke kampung halaman masing-masing.

"Isunya, bukan ingin bersama (pasangan), tetapi hendak pulang ke kampung asal. Itu yang susah sikit. Tetapi kalau ingin bersama suami atau isteri itu boleh, kita akan usahakan, tapi ia jarang-jarang berlaku. "Jarang-jarang", bak kata Seniman Agung Tan Sri P Ramlee.

Guru terpaksa berkorban
"Kita juga benarkan guru pulang bertugas ke kampung halaman, misalnya dengan alasan ibu atau bapa sakit, mahupun anak mereka sakit. Tetapi dalam kes ini, ramai guru yang terpaksa berkorban," katanya ketika sesi pertanyaan lisan di Parlimen di sini, semalam.

Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) berkata, berdasarkan rekod kementerian itu, pada 31 Julai lalu sebanyak 94.9 peratus guru sekolah menengah iaitu 142,474 orang tinggal bersama pasangan masing-masing, manakala 5.1 peratus atau 7,711 orang tinggal berasingan.

Bagi guru sekolah rendah pula, katanya 95.5 peratus (190,252 guru) dapat tinggal bersama pasangan mereka dan hanya 4.8 peratus (9,124 guru) terpaksa berasingan dengan pasangan.

Katanya, walaupun jumlahnya kecil, kementerian sentiasa berusaha menempatkan mereka bersama pasangan.

"Kriteria utama diambil kira dalam penentuan kelulusan pertukaran guru ialah keperluan perkhidmatan dan kekosongan opsyen di negeri dimohon serta guru di situ tidak boleh melebihi bilangan diluluskan mengikut waran perjawatan negeri terbabit," katanya.

oleh :
Mohd Azrone Sarabatin
Haspaizi Mohd Zain
Suhaila Shahrul Annuar

JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo

Ubah persepsi Terhadap Kolej Vokasional


Kuala Lumpur - Masyarakat perlu mengubah persepsi yang menganggap pelajar kolej vokasional sukar menempa kejayaan semata-mata tidak menduduki peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia (SPM).

Pengarah Kolej Vokasional Kajang, Mohd Ghazaly Haroun, berkata pelajar kolej vokasional sebaliknya berpeluang mengikut kursus singkat terus ke peringkat diploma, sekaligus dapat menjimatkan masa pengajian.

Transformasi pendidikan
"Ini transformasi pendidikan bagi mencapai status negara maju, dengan kursus selama empat tahun ditawarkan kepada lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk mendapatkan diploma.

"Pelajar terbabit lebih berkemahiran serta dapat bekerja seawal usia 19 tahun berbanding kaedah biasa perlu dilalui pelajar institusi pengajian awam (IPTA) yang rata-rata menamatkan pengajian diploma pada usia 21 tahun," katanya pada Program KV-KTM Mobile Fair 2013 di sini, baru-baru ini.

Sebanyak 13 kolej vokasional zon Selangor dan Wilayah Persekutuan menyertai program berkenaan.


JANA DUIT DARI BLOG
Jangan klik, kalau anda telah tahu RAHSIA ini :

Wednesday, November 13, 2013

Bentang Hasil Kajian Kurang Beban Guru

Kuala Lumpur - Kementerian Pendidikan akan membentangkan hasil kajian mengurangkan beban tugas guru di negara ini membabitkan empat lapangan kajian pada Persidangan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS Summit), minggu depan.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan, berkata empat lapangan kajian  terbabit ialah beban tugas guru, ketidaksepadanan opsyen guru, saiz kelas yang ideal dan pertindihan pangkalan data.

Beliau berkata, kajian yang dibentangkan nanti akan disusuli cadangan bagi mendapatkan pandangan dan arahan selanjutnya dalam usaha mengurangkan beban tugas guru secara holistik dan efektif.

"Melalui NBOS, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah memperluaskan skop kajian bagi mengurangkan beban tugas guru," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd Johari Baharom (BN-Kubang Pasu) di Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, kerajaan juga melaksanakan penempatan tambahan seorang pembantu tadbir (perkeranian/operasi) Gred N17 di sekolah Kementerian Pendidikan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Kamalanathan berkata, penempatan tambahan pembantu tadbir itu membabitkan 634 pekerja kontrak bagi mengurangkan beban tugas guru di Kedah dan Sabah bermula 17 Jun lalu hingga 31 Disember ini.

Katanya, kementerian juga melaksanakan pengintegrasian data untuk mengelakkan pertindihan pengisian data pada peringkat sekolah dengan menggunakan satu sistem saja yang dinamakan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).

Selain itu, beliau berkata, kementerian turut  menjalankan kajian Pemantapan Profesion Guru (PPG) yang membabitkan penempatan dan pelaksanaan rintis seramai 313 pembantu tadbir (perkeranian/operasi) Gred N17 di setiap sekolah di Melaka bermula awal tahun lalu hingga akhir tahun ini.

oleh :Mohd Azrone Sarabatin,Haspaizi Mohd Zain & Mohd Nasruddin Parzi
bhnews@bh.com.my

JANA PENDAPATAN PASIF
,klik pautan ini