Sunday, February 25, 2018

Tahap Kebolehpasaran 100 Peratus



Bukit Mertajam : Tahap kebolehpasaran pelajar lulusan Kolej Vokasional (KV) diyakini mampu mencapai 100 peratus pada masa depan.

Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Kementerian Pendidikan Zainuren Mohd Noor berkata, ini kerana graduan KV diberi pendedahan kemahiran sama dengan apa yang dimahukan industri.

Katanya, sebagai contoh, kemudahan peralatan serta teknologi digunakan pelajar KV adalah yang terkini.

“Kementerian juga sentiasa menaik taraf bengkel serta peralatan untuk pelajar selari dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat.

“Kita tidak mahu pelajar KV ketinggalan selain turut membuka peluang kepada mereka untuk menjadi tenaga mahir di pelbagai sektor,” katanya yang ditemui pada sidang media selepas Majlis Bicara Eksekutif KV/SMT di Dewan Al Adzim, KV Seberang Perai, semalam.

Katanya, bagi graduan kohort kedua 2017, sebanyak 82 peratus daripada 13,000 lulusan KV mendapat kerja.

Pihak industri sememangnya menunggu lulusan KV kerana program ditawarkan mempunyai hubung kait seiring dengan permintaan masa kini," katanya.

Sumber : Harian Metro
Tarikh : 25 Febuari 2018

0 comments: