Friday, January 5, 2018

Projek Kampus Cawangan UPSI Jana Ekonomi Penduduk


Teluk Intan: Pembinaan kampus cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, mampu menjana ekonomi penduduk daerah ini sehingga RM1 juta sebulan apabila beroperasi pada tahun 2020 nanti.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata ia kerana kampus bemilai RM177.4 juta itu akan menampung kira-kira 2,000 pelajar, selain 200 tenaga pengajar dan kakitangan, tidak termasuk ahli ketuarga mereka yang akan menetap di situ.

Katanya, pembinaan Fakulti Teknikal dan Vokasional UPSI di kawasan seluas 32 hektar di Batu 4,Changkat Jong itu juga akan menjadikan kawasan Parlimen Teluk Intan sebagai hab pendidikan di selatan Perak selepas pembinaan kampus cawangan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kolej Komuniti sebelum ini.

“Pembinaan kampus ini dijangka siap akhir tahun depan akan menawarkan 10 kursus bagi melahirkan guru berkemahiran mengajar di Kolej Vokasional dengan penekanan diberikan terhadap keperluan Revolusi Industri 4.0," katanya.

Beliau bercakap selepas merasmjkan majlis penyerahan projek fasa dua pembinaan kampus berkenaan di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Seri Mah Siew Keong; Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin dan Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Mohamad Shatar Sabran.

BN tunai janji
Idris berkata, pembinaan kampus itu adalah janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan 2014, sekali gus memberi keyakinan kepada penduduk di situ terhadap kemampuan Barisan Nasional (BN) menunaikan janji.

Sementara itu, Siew Keong dalam ucapannya, berkata pembinaan kampus itu adalah sebahagian manifesto ketika PRK berkenaan dan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang bersetuju membina kampus lebih besar di kawasan 32 hektar berbandjng perancangan awal hanya seluas 7.2 hektar.

Katanya, pembinaan kampus itu juga menafikan dakwaan pembangkang kononnya ia menjadi projek terbengkalai sedangkan hakikat tanah di situ agak lembut dan perlu dipulihkan terlebih dahulu sebelum pembinaan boleh dilakukan.

Sumber : Berita Harian
Tarikh : 05 Januari 2018

0 comments: