Friday, January 15, 2010

Petikan Daripada Berita Harian : Tambahan Peruntukan Makanan Asrama Kepada 240 Hari

Kementerian Pelajaran akan menambah semula peruntukan makanan bagi sekolah berasrama kepada 240 hari setahun dalam tempoh terdekat selepas mengambil kira kesukaran ibu bapa menyediakan perbelanjaan tambahan anak mereka pulang ke rumah setiap minggu berikutan asrama tidak menyediakan makanan setiap Sabtu dan Ahad.

Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kementerian turut mengambil kira pelajar daripada keluarga miskin yang tidak mampu membayar tambang pergi dan balik ke rumah setiap minggu atau menyediakan duit tambahan membeli makanan.

Beliau berkata, aspek keselamatan pelajar yang terpaksa pulang setiap hujung minggu turut diberi pertimbangan kerana mereka biasanya bersendirian, termasuk ke kawasan pedalaman.

"Sehubungan itu, kementerian akan .menambah semula peruntukan makanan bagi sekolah berasrama kepada 240 hari berbanding 200 hari setahun yang ditetapkan sebelum ini

"Pada masa sama, kementerian akan meneruskan peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk membantu murid dalam kelompok Ketua Isirumah Miskin Tegar (KIRMT)," katanya di Jeti Karakit di sini, semalam.

Mengikut Pekeliling Kementerian Pelajaran tahun lalu, berlaku pengurangan peruntukan makanan daripada 250 hari kepada 200 hari bagi sekolah berasrama dan 250 hari bagi sekolah pendidikan khas berasrama berbanding 270 hari sebelumnya.

Peraturan itu turut merangkumi ibu bapa atau penjaga berpendapatan RM5,000 ke atas yang perlu membayar RM3 sehari, manakala berpendapatan bawah RM4,999 pula RM1 sehari.

Arahan itu membabitkan asrama di sekolah harian, sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah teknik dan vokasional, sekolah sukan dan seni.

Terdahulu, Mohd Puad melawat tiga sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di Pulau Banggi iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Karakit, SK Batu Layar, SK Look Tohok dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Banggi.

Tiga lagi sekolah di daerah pedalaman di utara Sabah turut dilawati beliau iaitu SMK Kanibongan dan SK Kanibongan, Pitas yang bekongsi bangunan dan SMK Tandek, Kota Marudu.

(Sumber: BHarian Online - 14/01/2010)

Thursday, January 14, 2010

Info Semakan Kemasukan Pelajar Tingkatan 4 Ke sekolah Teknik & Vokasional sesi 2010

Kepada semua pemohon untuk kemasukan pelajar Tingkatan 4 ke Sekolah Teknik & Vokasional untuk sesi 2010 boleh menyemak status permohonan pada 18/01/2010 sama ada permohonan anda berjaya atau tidak. Sebelum tarikh tersebut, pautan laman web tersebut masih tidak diakses sepenuhnya, harap maklum...

Tuesday, January 12, 2010

Perjumpaan Kadet Remaja Sekolah SM Teknik Dungun Kali Pertama Sesi 2010

Perjumpaan pertama bagi Pasukan Kadet Remaja Sekolah SM Teknik Dungun bagi sesi 2010 telah berlangsung pada 12/01/2010 bertempat di Dewan Gemilang SMTD pada pukul 3.30 petang dan tamat pada 5.00 petang.

Pada perjumpaan pertama ini, telah dilakukan pemilihan pucuk pimpinan Pasukan KRS bagi sesi 2010 melalui mesyuarat agung kali pertama ini.

Senarai AJK Induk KRS 2010 adalah seperti berikut:


GURU PENASIHAT
EN. MOHD AZHAR BIN KORDI (KETUA KADET LELAKI)
PN. YUSLIHA YUSOF (KETUA KADET PEREMPUAN)
EN. MOHD AZIZI MOHD RUDIN
CIK SUMALIA IBRAHIM


PENGERUSI KADET
MOHD AMINULLAH B. ISMAIL

NAIB PENGERUSI
HASSAN SABRI B. CHE MAT


SETIAUSAHA I
NUR FATIN BT. ABDULLAH

SETIAUSAHA II
NUR IZATUL AMIRA BT. AZMAN


BENDAHARI I
MOHD AL HAFIZ B. GHAZALI

BENDAHARI II

SITI NUR AMIRAH BT. ABDUL HALIM

AJK KADET
WAN MOHD AZLAN (KEJ. AWAM)
SALAM B. ABDULLAH (KEJ. MEKANIKAL)

EADY EAMRAN B. AHMAD TAHRIR (KEJ. ELEKTRIK)

Pn. Yusliha sedang mengendalikan sesi pemilihan
AJK Induk KRS Sesi 2010


Pelajar sedang mendengar taklimat aktiviti yang
disampaikan oleh En. Mohd Azhar dan Pn. Yusliha



Sunday, January 10, 2010

Perjumpaan Rumah Sukan SM Teknik Dungun Tahun 2010

Perjumpaan Rumah Sukan SMTD Kali Pertama telah diadakan pada hari Ahad bertarikh 10.01.2010, masa 2.00 ptg bertempat seperti di bawah :
  • Rumah Sukan Heksagon - Dewan Besar (Depan)
  • Rumah Sukan Multimedia - Dewan Besar (Belakang)
  • Rumah Sukan Biotek - Student Square
  • Rumah Sukan Kinematik - Kantin
Pada tahun ini aku disenaraikan dalam Rumah Sukan Biotek dimana penasihat rumah sukan ini ialah GKMP Teknik & Vokasional iaitu En. Ramli Bin Harun dan ketua rumah ialah Cik Noor Hafiza Bt. Mohd serta dibantu oleh penolong ketua rumah iaitu En. Mohd Fairol Rafiq B. Mohd Yusof.

Ahli rumah yang lain adalah En. Mohd Azhar B. Kordi, En. Hasni B. Rais, En. Hamzah B. Hussin, Pn. Rosnani Bt. Mohd Nor, Pn. Yusliha Bt. Yusof, Pn. Rohana Bt. Mat Ali, Pn. Hajah Khadijah Bt. Atan, Pn. Jamaliah Bt. Ismail, Pn. Rosmah Bt. Ismail, Pn. Afifah Bt. Abd Ghawi, Pn. Rosliza Bt. Hashim, Pn. zunaizan Bt. Embong dan Cik Sumalia Bt. Ibrahim.

Semasa berlangsung perjumpaan ini, telah dilakukan perlantikan ahli jawatan kuasa induk (bagi pelajar) bagi Rumah Sukan Biotek bagi sesi 2010. Pelajar juga telah mendaftarkan diri untuk pertandingan sukan antara rumah dimana antara acara yang dipertandingkan adalah olahraga dan sukan permainan.

Pemilihan AJK Pelajar sedang dijalankan


Pendaftaran untuk sukan permainan bagi
ahli rumah sukan Biotek

Mesyuarat J/K Kemasukan Pelajar Tingkatan 4 Sesi 2010

Mesyuarat Jawatan kuasa Kemasukan Pelajar Tingkatan 4 ke SM Teknik Dungun untuk sesi 2010 telah diadakan di Bilik Mesyuarat pada 10/01/2010 pukul 1010 pagi bertujuan untuk memastikan kelancaran pendaftaran pelajar pada 25/01/2010 ini. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Pengetua iaitu Tuan Haji Alwi Bin Mohd Ali dan dibantu oleh penyelaras Tingkatan 4 iaitu Pn.Zaharah Bt. Bidin.

Secara amnya, senarai nama pelajar Tingkatan 4 akan sampai ke SM Teknik Dungun pada 16/01/2010 dan surat tawaran akan dihantar menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia kepada pemohon yang berjaya pada 18/01/2010. Kemudian pelajar mempunyai masa untuk membuat persiapan sebelum mendaftar ke SM Teknik Dungun pada 25/01/2010. Diharapkan pelajar2 menyediakan setiap perkara yang dinyatakan pada surat tawaran untuk melicinkan perjalanan pendaftaran tersebut.

Senarai J/k Kemasukan Pelajar Tingkatan 4 Sesi 2010
  • Surat Tawaran - Pn. Hasmawati Bt. Hassan
  • Persiapan Tempat (DB & SQ) - En. Nuzi Bin Mohd Nor
  • Kemas semula (DB & SQ) - En. Mohd Azhar Bin Kordi
  • Publisiti & Back drop - En. Harun Bin Abdullah
  • Semakan Dokumen & Data Pelajar - Pn. Hayati Bt. Mohamad
  • Pendaftaran Kelas - Pn. Zaharah Bt. Bidin
  • Pendaftaran Asrama - En. Abdullah Bin Ibrahim
  • Keselamatan & Lalulintas - En. Mohd Nor Bin Yusof
  • Pendaftaran Koperasi - Pn. Zainon Bt. Jaafar
  • Makan & minum - Pn. Massuza Bt. Sufian
  • Taklimat Ibu Bapa - En. Alias Bin Muda
  • Kawalan Pelajar - En. Mohd Sham Suri Bin Abdul Ghani
  • Minggu Silaturahim - Pn. Tg. Maimun Bt. Tg Jaafar
  • Dokumentasi - En. Hasni Bin Rais

Sunday, January 3, 2010

Hari Pertama Persekolahan Di Tabika Al-Hakim

Kedua-dua anak aku memulakan hari persekolahan di Tabika AL-Hakim, Taman Anjaria, Dungun dengan penuh bersemangat walaupun pada awalnya mengeluar sedikit air mata. Biasa le apabila telah berjumpa dengan kawan2, perangai cerianya mulai kelihatan. Anak aku yang sulung tidak mempunyai masalah kerana telah bersekolah di sini pada tahun lepas, cuma anak kedua yang mempunyai sedikit masalah kerana terpaksa berpisah dengan botol susu dan bantal busuknya itu. Inilah seronoknya zaman kanak-kanak, kerana kita tidak perlu berfikir tentang masalah2 hanya bermain dan bergembira sahaja.

Friday, January 1, 2010

Mesyuarat Guru SMTD Kali Pertama Sesi 2010


Mesyuarat Guru SMTD Kali Pertama Sesi 2010 telah di adakan pada 31/12/2009 bertempat di Bilik Mesyuarat. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Pengetua SMTD iaitu Tuan Haji Alwi Bin Mohd Ali dan diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai PP Dungun iaitu Encik. Idris Bin Bidin.

Selepas tamat mesyuarat guru tersebut, berlangsung pula Mesyuarat J/K Kurikulum Sekolah yang tidak lari daripada membincangkan strategi2 untuk meningkatkan pencapaian SPM dan kualiti pelajar SM Teknik Dungun.

Antara strategi utama untuk tahun 2010 ialah memperkenalkan Kelas 5 Elit iaitu kelas gabungan pelajar daripada 3 aliran (pengajian awam, mekanikal dan elektrik) diletakkan dalam satu kelas dimana ia akan diberikan tumpuan sepenuhnya supaya menghasilkan pelajar cemerlangan SPM 2010. Semoga perancangan ini dapat diadaptasi sepenuhnya oleh pelajar tersebut dan mencapai sasaran yang telah dirancang, Inyaallah.....

Thursday, December 31, 2009

Tarikh Peperiksaan Awam 2010 - (UPSR, PMR, SPM & STAM)

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Kementerian Pelajaran pada Khamis mengumumkan 21 hingga 23 Sept tahun depan sebagai tarikh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), manakala 5 hingga 12 Okt tahun depan sebagai tarikh peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam satu kenyataan di sini berkata Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan berlangsung pada 22 Nov hingga 16 Dis tahun depan dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) pada 22 dan 23 Jun tahun depan.

Katanya peperiksaan lisan Sijil Tinggi Pelajaran Agama Malaysia (STAM) akan diadakan pada 12 hingga 23 Julai, manakala peperiksaan bertulis pada 18 hingga 27 Okt tahun depan.

"Tarikh tersebut mengambil kira keperluan cuti bagi perayaan-perayaan utama seperti Hari Raya Puasa, Hari Malaysia, Deepavali, Hari Raya Haji dan Awal Muharam sepanjang tempoh peperiksaan," katanya.

Sementara itu, pada sidang media selepas majlis penyampaian hadiah Manifestasi Perdana Seni Khat 2009M/1430H di sini, Alimuddin berkata pihaknya telahpun membuat persediaan bagi mengekang penularan Influenza A (H1N1) di kalangan pelajar apabila sesi baru persekolahan bermula Isnin depan.

"Sebagaimana yang dimaklumkan akan ada gelombang kedua, jadi sebagaimana yang berlaku pertengahan tahun ini, kementerian telahpun membuat persediaan sangat rapi dan telah bersedia lebih awal supaya wabak ini tidak akan berlaku lagi pada tahun 2010.

"Termometer dan juga pembersih tangan memang sudah ada di sekolah, jadi pihak sekolah perlu memantau pelajar-pelajar yang disyaki demam atau selesema dengan menggunakan termometer yang telah dibekalkan," katanya.

Alimuddin berkata pada hari pertama persekolahan, pegawai di kementerian serta Jabatan Pelajaran Negeri khususnya yang diketuai oleh jemaah nazir sekolah dan pegawai jaminan kualiti pada kebiasaannya akan turun ke sekolah-sekolah untuk membuat pemantauan.

"Melalui pemantauan itu kita akan mendapatkan maklumat tentang persediaan yang telah dilaksanakan dan mungkin ini sebagai satu langkah keselamatan kita bagi memastikan pelajar-pelajar tidak demam atau mendapat sebarang masalah semasa berada di sekolah," katanya.

Manifestasi Perdana Seni Khat 2009M/1430H, pertandingan seni khat peringkat kebangsaan yang berlangsung pada 31 Okt lepas merupakan program anjuran Muzium Kesenian Islam Malaysia dan Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK) dengan kerjasama Kumpulan Utusan, Astro Oasis dan Radio IKIM.

Seramai 30 pemenang dalam tiga kategori diumumkan hari ini yang membawa pulang hadiah wang tunai serta sijil penyertaan.

-- BERNAMA

KESIMPULAN

Berikut adalah tarikh-tarikh peperiksaan yang berkenaan;


UPSR 2010 – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

Ujian Bertulis >> 21 – 23 September 2010


PMR 2010 – Penilaian Menengah Rendah

Ujian Bertulis >> 5 – 12 Oktober 2010


SPM 2010 – Sijil Pelajaran Malaysia

Amali >> belum diumumkan

Ulangan >> 22 – 23 Jun 2010

Ujian Bertulis >> 22 November – 16 Disember 2010


STAM 2010 – Sijil Tinggi Agama Malaysia

Ujian Lisan >> 12 – 23 Julai 2010

Ujian Bertulis >> 18 – 27 Oktober 2010


STPM – Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

Ujian Lisan >> September 2010

Ujian Bertulis >> November – Disember 2010


Sila hubungi talian berikut untuk mendapatkan maklumat terkini;


UPSR : 03 – 8884 3382
PMR : 03 – 8884 3394
SPM : 03 – 8884 3330
STAM : 03 – 8884 3340