Monday, February 9, 2009

SEMAKAN PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI SESI 2009 / 2010 MELALUI INTERNET

Ditulis oleh Tajul Azhar bin Mohd Tajul Ariffin
Monday, 02 February 2009


Semua pelajar lepasan SPM yang telah membuat permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sama ada dengan mengisi borang OMR atau melalui internet boleh mengemas kini permohonan mereka dari 09 Februari hingga 20 Februari 2009 ini.


Peluang ini diberi bagi membolehkan pemohon membuat pembetulan alamat, nombor telefon dan email.


Selain itu, bagi pelajar yang memenuhi syarat dan berminat ke kolej-kolej matrikulasi yang menawarkan jurusan teknikal yang akan dibuka pada sesi 2009 / 2010 boleh menambah pilihan jurusan dan kolej yang diinginkan iaitu Kolej Matrikulasi Kedah (Caw Pendang), Kolej Matrikulasi Pahang (Caw Jengka) dan Kolej Matrikulasi Johor (Caw Pontian).


Semakan dan pindaan boleh dibuat dengan memasuki laman web http://www.moe.gov.my dan terus ke pautan Prauniversiti dan seterusnya ke Semakan Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2009 / 2010. Pelajar perlu memasukkan No. Kad Pengenalan dan Angka Giliran untuk membuat pindaan.


Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4100 boleh dihubungi bermula pada 09 Februari – 20 Februari 2009 dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang (hari bekerja sahaja).


Untuk melawati Laman Web Rasmi Bahagian Matrikulasi, KPM, sila klik SINI.


0 comments: