Monday, March 10, 2008

Taman Tamadun Islam ( TTI )

Aku dan keluarga telah menyusuri Sungai Terengganu dan pergi ke Taman Tamadun Islam (TTI) untuk melihat sendiri keindahan Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu dengan menaiki perkhidmatan bot penambang. Bayaran yang dikenakan untuk perkhidmatan ini ialah RM35 sejam dan aku meluangkan masa lebih kurang 2jam di sana. Untuk sampai ke sini, kita boleh menggunakan perkhidmatan bas ataupun membawa kenderaan sendiri.

Walaupun Masjid Kristal mempunyai banyak kontreversi tetapi niat hanyalah untuk melihat seni pembinaan dan mengimbau kembali zaman kanak2 isteri ku yang menggunakan bot penambang ini dengan menyusuri Sg Terengganu ini. Aku sekeluarga sempat solat Zohor tetapi tidak sempat untuk melihat monumen2 yang lain. Mungkin selepas Taman Tamadun Islam ini siap sepenuhnya, aku akan kembali ke sini lagi .....

(Dalam gambar : Linda, Yana, Aku, Husna dan dlm pelukan isteriku, anak ketiga ku - Nur Syifa Hayati)

0 comments: