Wednesday, October 24, 2007

Program Kem Mega Gemilang SPM 2007

Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang (SMKM) telah mengadakan Kem Mega Gemilang SPM 2007 untuk matapelajaran Fizik pada 23/10/2007. Saya telah diundang oleh sahabat saya iaitu Cikgu Sauty untuk menjadi fasilitator, walaupun saya bukannya pakar Fizik tetapi untuk tidak memhampakan beliau, saya telah mencuba sebaik mungkin, lagipun saya hanya mempunyai 5 tahun pengalaman mengajar Fizik.

Pelajarnya yang mengikuti program ini lebih kurang 44 orang pelajar sahaja, oleh itu saya membincang teknik untuk menjawab kertas fizik dengan terperinci. Saya mengucapkan terima kasih kepada Panatia Fizik yang sudi menjemput saya dan kepada pelajar yang bersungguh-sungguh tanpa mengira keletihan dari pukul 9.15 pagi hingga 1.00 petang.

Diharapkan semua pelajar tersebut memahami apa yang telah disampaikan dan menggunakannya semasa menjawab Kertas Fizik SPM kelak, dan cikgu sentiasa mendoakan kejayaan anda semua, kalau ada permasalahan....bolehlah emailkan kepada cikgu atau sampaikan melalui ruang sembang yang telah disediakan.

Semoga anda berjaya mencapai A1 dalam Fizik, InyaAllah......

0 comments: