Saturday, May 3, 2014

Peperiksaan Pertengahan Tahun (OTI 1) Tingkatan 5 2014 Negeri Terengganu

Berikut merupakan jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun (OTI 1) Tingkatan 5 2014 Negeri Terengganu untuk pelajar-pelajar SPM di Kolej Vokasional Dungun.

Diharapkan semua pelajar akan mengulangkaji pelajaran dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan ini.

Semoga kejayaan akan menjadi milik anda....In shaa Allah.....

Peperiksaan Pertengahan Tahun (OTI 1) Tingkatan 5 2014 Negeri Terengganu

Friday, May 2, 2014

Keputusan MUET Sesi Mac 2014 Diumum Isnin Ini

Keputusan MUET Sesi Mac 2014 Diumum Isnin Ini

Keputusan Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi Mac 2014 akan diumumkan Isnin ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataannya semalam berkata, calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah atau institusi pengajian masing-masing mulai jam 10 pagi.

Bagi calon persendirian pula, katanya, keputusan mereka akan diposkan.

Calon juga boleh menyemak keputusan melalui SMS dengan menaip MUET RESULT No Kad pengenalan dan menghantarnya ke 15888 atau melayari portal MPM, http://www.mpm.edu.my mulai jam 10 pagi, pada 5 Mei 2014.

Seramai 36,100 calon menduduki ujian bagi sesi berkenaan.

"Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET, boleh membuat rayuan penyemakan semula dengan bayaran RM70. Tarikh tutup rayuan semakan semula adalah pada 16 Mei 2014," kata kenyataan berkenaan.

Pendaftaran MUET bagi sesi November 2014 pula akan dibuka mulai 5 Mei hingga 25 Julai ini menerusi 'online' melalui http://online.mpm.edu.my