Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger





Jika ingin mencari soalan-soalan dan SKEMA JAWAPAN dalam blog ini dengan pantas, sila "Search Button" di bawah ini.

Tuesday, December 10, 2013

Permohonan Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik 2014


Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 dan berminat menyambung pembelajaran di tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2014 bolehlah membuat permohonan sekarang.

Syarat Umum

(1) Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
(2) Pemohon hendaklah:
  • Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013.
  • Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013.
(3) Kesihatan diri pemohon:
  • Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
  • Bebas dari penyakit seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
(4) Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.

Syarat Khusus

(1)Pendidikan Teknikal – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.

(2)Pendidikan Vokasional
  • Kategori A – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Kategori B – Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Kategori C – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.

(3)Latihan Kemahiran – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup.

Permohonan

Permohonan ke SMT dan KV boleh dibuat dengan dua cara:
  1. Secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran di Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional 2014.
  2. Secara manual dengan datang sendiri ke SMT atau KV yang berdekatan. Borang permohonan boleh diperolehi di situ.

Kemudahan asrama disediakan di hampir semua SMT dan KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad. Walaupun begitu kemudahan asrama tertakluk kepada had yang ditetapkan bagi setiap sekolah.

Temuduga
  • Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga di SMT dan KV yang berkenaan.
  • Pemohon diminta hadir temuduga dengan berpakaian lengkap sekolah. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan percubaan PMR 2013 yang telah disahkan oleh pihak sekolah pemohon dan sijil-sijil berkaitan.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2014 adalah pada 25 Disember 2013.
Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan sebelum sesi persekolahan 2013 bermula atau pada awal persekolahan 2014.
Rayuan Kemasukan

Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan melalui online atau datang sendiri ke Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik yang berkenaan.

Klik pautan di bawah untuk mendaftar

http://apps.moe.gov.my/esptv/kvsptv_2013/

Friday, December 6, 2013

Bimbingan Fizik Online Melalui Facebook

Jika anda tercari sumber atau tempat untuk bertanya tentang matapelajaran Fizik SPM, maka anda berada di blog yang betul.

Sila add ke FB cikgu, dimana FB ini khas untuk pelajar-pelajar & guru-guru sahaja. Di sana, cikgu akan menjawab persoalan & membantu sedaya upaya.

Sifu Fizik Jaar

Create Your Badge

PMR Guna Kaedah Baru Tahun Depan

Kuala Lumpur - Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan dilaksanakan menerusi sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menggantikan peperiksaan pusat, bermula tahun depan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching, berkata kaedah baru itu merangkumi empat komponen iaitu Pentaksiran Sekolah; Pentaksiran Pusat; Pentaksiran Aktiviti Jasmani; Sukan dan Kokurikulum dan pentaksiran Psikometrik.

Gambaran holistik potensi
Katanya, perkara ditaksir adalah pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan nilai menjurus kepada pentaksiran profil, pencapaian, perkembangan dan penyertaan murid.

Beliau berkata, laporan pentaksiran peringkat menengah rendah adalah dalam bentuk pernyataan keputusan yang memberi gambaran lebih menyeluruh dan holistik mengenai potensi murid.

"PMR tidak dimansuhkan mulai tahun depan, sebaliknya penambahbaikan dengan penekanan terhadap pentaksiran pembelajaran.

"Ia meliputi dua aspek iaitu pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran mengenai pembelajaran," katanya menjawab soalan Datuk  Sapawi Ahmad (BN-Sipitang) di Dewan Rakyat, semalam.

Sapawi meminta penjelasan Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai persediaan jika ada pelajar gagal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana mereka tiada kelulusan akademik selepas PMR dimansuhkan.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Disember 2010 bersetuju penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan PMR menekankan kepada pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran mengenai pembelajaran.

Iktiraf sumbangan guru
Kain Ching berkata, pelaksanaan PBS juga memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah dan memberi pengiktirafan terhadap sumbangan guru dalam pencapaian murid.

"Jaminan kualiti yang merangkumi aktiviti pementoran, pemantauan, penyelarasan dan pengesanan dilaksanakan di semua peringkat bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran," katanya.



Tak Perlu Ambil Periksa Semula

Kuala Lumpur - Lembaga Peperiksaan semalam mengumumkan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 tidak perlu menduduki semula kertas soalan Matematik 2.

Keputusan itu dibuat berikutan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mendapati tiada kebocoran soalan berlaku bagi kertas berkenaan ketika peperiksaan berlangsung pada 18 November lalu, menurut kenyataan lembaga itu.

Semalam Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, dalam sidang media mengumumkan hasil siasatan itu.

Panggil 56 saksi
Beliau berkata pihaknya telah menyiasat laporan yang dibuat oleh Persatuan pengguna Islam Malaysia pada 22 November lalu dan telah memanggil 56 saksi untuk memberi keterangan, termasuk pelajar yang didakwa soalan kertas itu dibocorkan.

Siasatan mendapati seminar itu yang dianjurkan pada 17 November lalu, iaitu beberapa hari sebelum peperiksaan bermula hanya membincangkan mengenai kertas soalan beberapa tahun lalu serta beberapa soalan ramalan, katanya. - BERNAMA



Thursday, December 5, 2013

7 Tindakan Paling Berkesan Untuk Menjadi Kaya!


Ramai yang begitu tertekan dengan kenaikan harga barang akhir-akhir ini.

Nak tak nak, kita tak boleh elakkannya sebab ianya bukannya berada dibawah kawalan kuasa kita.

Bila perkara sebegini berlaku, lebih ramai yang lebih suka merungut dan menyalahkan pihak lain...

Masalahnya jika asyik merungut aje, bolehkah ianya menyelesaikan masalah kenaikan barang?

Harga barang jika kerajaan dah umumkan naik, maka ianya akan terus naik.

Agak mustahil kita nak tengok harga barang yang turun dan terus turun sejak beberapa dekad kebelakangan ini.

Lagi naik adalah kan?

Jadi sudah tiba masanya kini untuk kita merubah cara kita bertindak.

Jika sebelum ini tindakan kita lebih banyak membuatkan kita menjadi miskin, mulai sekarang adalah masa terbaik bertindak untuk menjadi kaya!

Nak tahu, apakah 7 tindakan paling berkesan untuk menjadi kaya?

Anda boleh dapatkannya penerangannya secara PERCUMA melalui link berikut :



Jom layan lagu ini.....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...