Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger





Jika ingin mencari soalan-soalan dan SKEMA JAWAPAN dalam blog ini dengan pantas, sila "Search Button" di bawah ini.

Saturday, November 30, 2013

Bayar Bonus 2 Januari 2014

Mohamad Zabidi Zainal
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Kuala Lumpur - Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2014, akan dibayar pada 2 Januari tahun depan.

Imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi itu dibayar sebagai penghargaan kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan serta akan dibayar berdasarkan gaji Disember ini atau gaji akhir bulanan yang diterima tahun ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, berkata imbuhan tahunan dibayar kepada pegawai kumpulan pelaksana, pengurusan dan profesional, manakala bayaran khas prestasi untuk pegawai dalam kumpulan pengurusan tertinggi.

Beliau berkata, pegawai yang layak menerima imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi ialah pegawai lantikan tetap, sementara, kontrak, guru interim, pegawai bercuti separuh gaji dan pegawai yang bercuti tanpa gaji bukan sepanjang tahun.

Turut layak menerima bonus ialah pekerja sambilan harian yang tempoh kontraknya berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut pada tahun ini.

Bayaran imbuhan
"Pembayaran imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi 2013 adalah menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada bulan pembayaran.

"Bagi pegawai yang bersara atau meninggal dunia pada tahun ini, bayaran imbuhan atau bayaran khas prestasi adalah menjadi tanggungan jabatan terakhir pegawai itu berkhidmat", katanya menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 32 Tahun 2013 yang dimuat naik di laman web Jabatan perkhidmatan Awam (JPA).

Mohamad Zabidi berkata, pegawai yang tidak layak menerima imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi termasuk pegawai yang berkhidmat kurang 30 hari berturut-turut, pegawai yang bercuti tanpa gaji serta pegawai yang dipinjamkan ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya, badan antarabangsa dan syarikat swasta sepanjang tahun ini.

Kategori tak layak
Turut tidak layak ialah pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib, selain hukuman amaran tahun ini, pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dan pegawai yang meletak jawatan tahun ini.

"Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan dikeluarkan Pihak Berkuasa Tatatertib, ditangguhkan pemberian imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi.

"Pegawai terbabit hanya layak dibayar jika Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati tidak bersalah atau hanya dikenakan amaran," katanya.

Mohamad Zabidi berkata, penerimaan pakai pekeliling perkhidmatan itu tertakluk pihak berkuasa masing-masing dan peruntukannya dipanjangkan kepada semua perkhidmatan negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

Oleh Nazura Ngah nazura_ngah@bh.com.my

CARA MUDAH JIMAT PETROL !!!!
http://bit.ly/17vl4zX

Friday, November 29, 2013

TUTOR FIZIK MENJELANG SPM 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera


Kepada ibu bapa yang memerlukan tutor fizik untuk mengajar anak2 mereka pada cuti persekolahan akhir tahun 2013, boleh hubungi FB saya iaitu Cgu Mohd Azhar atau email azhar_kordi@yahoo.com.

Kepada pelajar Tingkatan 4, saya akan terus mengajar Bab 1 : Gelombang supaya anda boleh mahir apabila anda mula memasuki Tingkatan 5 pada tahun 2014 nanti.

Nota & bahan pembelajaran akan dibekalkan mengikut keperluan.

Perkhidmatan tutor ini adalah untuk kawasan Paka, Dungun dan Kerteh sahaja.

Sekian, harap maklum.....



Thursday, November 28, 2013

Permohonan Pertukaran Guru Melebihi Kekosongan Ditawar

Kuala Terengganu - Kementerian Pendidikan tidak dapt memenuhi permohonan pertukaran, berikutan ketidakseimbangan perjawatan dan kekosongan di kawasan yang dipohon.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata kementerian sentiasa berusaha memenuhi permohonan guru pulang berkhidmat di negeri masing-masing atau mengikut pasangan.

"Namun, perkara itu tidak dapat dilaksanakan dalam jangka pendek kerana permohonan terutama untuk Kelantan, Terengganu dan Kedah, melebihi kekosongan jawatan di negeri terbabit.

"Kementerian seboleh-bolehnya mahu semua guru balik mengajar di negeri masing-masing bersama keluarga mereka.

"Namun, keadaan perjawatan dan opsyen sudah penuh, kita tidak mampu meluluskan permohonan. Ini yang menyebabkan masalah besar hingga menyebabkan guru marah kepada kerajaan," katanya selepas melawat Universiti Darul Iman (UNISZA), semalam.

30,000 tak dapat diserap
Beliau berkata, perjawatan guru di Kelantan hanyalah 28,054, tetapi jumlah guru yang berasal dari negeri itu di seluruh negara adalah 57,740 orang.

Justeru, katanya kementerian tidak dapat menyerap hampir 30,000 guru yang berasal dari negeri itu untuk kembali mengajar di kampung halaman kerana penempatan perlu mengikut kekosongan dan opsyen subjek pengajaran.

"Begitu juga di Terengganu, jumlah permohonan pertukaran adalah 1,267 tetapi kekosongan hanya 169, manakala di Kedah, permohonan 1,523 berbanding kekosongan 274 tempat.

"Kementerian ada memberi ruang kepada guru yang mengajar di Sabah, pulang mengajar di Johor tetapi mereka menolak kerana mahu mengajar di negeri itu," katanya.

Idris berkata, kementerian akan melaksanakan pengambilan guru mengikut keperluan negeri masing-masing dan ia sedikit sebanyak diharap membantu mengatasi masalah berkenaan.

Katanya, ia juga bagi mengatasi keciciran permohonan yang berlaku sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan guru terutama yang berjauhan dengan pasangan masing-masing.



FORMULA TUKAR DUIT MINYAK JADI DUIT POKET !!!!

D2O Booster

* Dapat Jimatkan Petrol
* Tingkatkan Prestasi Enjin
* Dapat Jimatkan Duit Poket
* Jana Keuntungan Pasif




Maklumat lanjut, sila ke laman D204all

Sunday, November 24, 2013

Dakwaan Soalan SPM Bocor Disiasat

Kota Kinabalu - Kementerian Pendidikan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan kebocoran kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud, berkata kementerian sudah mendapatkan maklumat daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang membuat aduan berkenaan.

"Setiap aduan yang kita terima akan diberi perhatian termasuk disiasat untuk memastikan kesahihannya. Saya juga sudah meminta Timbalan Pengarah Lembaga Peperiksaan untuk mendapatkan maklumat agar tindakan segera dapat diambil.

Segera siasat dakwaan
"Saya difahamkan persatuan itu sudah membuat laporan polis. Oleh itu, kita akan menjalankan usaha segera menyiasat perkara itu. Sebenarnya, isu soalan peperiksaan bocor sudah berakhir selepas terakhir dihebohkan akhir 1990-an," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan sesi perjumpaan dengan pegawai program "School Improvement Partners (SI Partners) Plus and School Improvements Specialist Coaches (SISC) Plus di sini, semalam.

Kelmarin, PPIM menerima aduan tiga individu, Mohd Husaini Jaslee, Nor Izwan Abu Bakar dan Mohd Rizuan Abd Rashid mendakwa kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan SPM tahun ini bocor.

Abdul Ghafar berkata, soalan SPM dicetak di United Kingdom dan perjalanan ke negara ini dikawal rapi dengan bantuan polis untuk mengiringi soalan berkenaan.

LP ambil tindakan
Sementara itu, Lembaga Peperiksaan (LP) dalam kenyataannya semalam, berkata pihaknya sedang menjalankan sisatan mengenai aduan itu dan akan mengambil tindakan segera selepas siasatan lengkap dijalankan.

"Sebagai sebuah institusi awam yang tertakluk mengikut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), LP bertanggungjawab mengurus dan mengendalikan peperiksaan awam di Malaysia.

"LP sentiasa memelihara kredibiliti dan intergriti pengendali peperiksaan dengan mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia," katanya.

Menurut kenyataan itu, LP juga sentiasa mengambil tindakan sebelum, semasa dan selepas peperiksaan bagi memastikan pengendalian peperiksaan sentiasa dijalankan dengan intergriti.

Oleh Suzianah Jiffar dan Suhaila Shahrul Annuar
bhnews@bh.com.my




Tuesday, November 19, 2013

8,000 Lulusan UPSR Ditawar Memasuki SBP 2014

Kuala Lumpur - Kementerian Pendidikan menerima sejumlah 158,245 permohonan daripada lulusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi memasuki sekolah berasrama penuh (SBP), tahun depan.

Kementerian dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah itu, hanya lima peratus atau 8,000 calon akan ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Satu di 61 SBP seluruh negara.

Sebanyak 5,600 calon atau 70 peratus dalam kalangan murid yang berasal dari sekolah luar bandar dan pedalaman, manakala baki 2,400 lagi (30 peratus) dari sekolah bandar.

Semak keputusan
"Keputusan pemilihan dan penempatan murid ke Tingkatan 1 SBP 2014 akan diumumkan dalam tempoh 27 hari selepas tarikh pengumuman UPSR pada 14 November lalu.

"Calon boleh menyemak keputusan masing-masing selewat-lewatnya mulai 10 Disember 2013 (Selasa) menerusi beberapa cara iaitu melawat laman sesawang KPM, www.moe.gov.my, kaunter BPSBPSK KPM atau menghubungi talian hotline 03-83217400," katanya.

Selain itu, semakan juga boleh dibuat di mana-mana kaunter Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang berhampiran selain makluman Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Guna e-tawaran
Bermula tahun lalu, keputusan permohonan tidak lagi dihantar melalui pos tetapi menggunakan e-tawaran. calon berjaya boleh memuat turun surat tawaran dan lampiran selepas melakukan semakan di laman sesawang  www.moe.gov.my.

Mereka yang berjaya menerima tawaran kemasukan dijangka akan mendaftar masuk pada 8 januari tahun depan.

Sementara itu, bagi calon yang tidak berjaya mendapat tempat, mereka boleh mengemukakan rayuan secara atas talian (online) menggunakan e-rayuan yang akan dibuka selama dua minggu bermula 10 hingga 24 Disember 2013.

61 SBP
Antara SBP sedia ada yang menerima kemasukan pelajar Tingkatan 1 tahun depan ialah, Kolej Melayu Kuala Kangsar, Kolej Tunku Kursiah Seremban, Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh, Sekolah Dato' Abdul Razak Seremban, Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru, Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya.

Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Jitra, SM Agama Persekutuan (SMAP) Kajang, SMAP Labu, SM Sains Raja Tun Azlan Shah Taiping, SM Sains Telok Intan, SM Sains Kuala Selangor, SM Sains Hulu Selangor, SM Sains Sultan Hj Ahmad Shah Kuantan, SM Sains Sultan Hj Ahmad Shah Pekan, SM Sains Tengku Abdullah Raub, SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra Kota Bharu, SM Sains Machang, SM Sains Pasir Putih dan SM Sains sabah Kota Kinabalu.

FAKTA NOMBOR

158,245 Permohonan diterima oleh Kementerian Pendidikan untuk memasuki SBP

2,400 Calon dari sekolah bandar

5,600 Calon dari sekolah luar bandar

2 Minggu tempoh masa buat rayuan jika gagal 

Oleh Nas Norziela Nasbah (nasnorziela@bh.com.my) 


JANA DUIT DARI BLOG
Jangan klik, kalau anda telah tahu RAHSIA ini :

Monday, November 18, 2013

Bangunan Bentuk Telefon Bimbit


Bangunan berbentuk telefon bimbit dengan tangan memegang alat komunikasi itu boleh dilihat di Jalan Huancheng, Kunming yang juga ibu kota Yunnan. Bangunan setinggi 11 tingkat itu yang berbentuk telefon bimbit bertujuan menarik minat penduduk mengunjunginya. Tingkapnya juga dicat dengan beberapa nombor dengan pejabat sebelah atas seolah-olah skrin telefon bimbit. Sejak siap, bangunan itu menarik perhatian ramai dan menjadi antara tarikan utama Kunming.


JANA DUIT DARI BLOG
Jangan klik, kalau anda telah tahu RAHSIA ini :

Sunday, November 17, 2013

Tambah Baik Dasar PBS Januari

Besut - Dasar Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang sedang dilaksanakan di sekolah di seluruh negara akan diteruskan dengan penambahbaikan mulai Januari tahun depan.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, satu mesyuarat khas dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Madinah Mohamad, diadakan semalam bagi melihat semua kekurangan dan masalah supaya dapat dilaksanakan lebih cekap dan tidak membebankan guru.

Katanya, antara yang diberikan penekanan termasuk memperbaiki pelaksanaan dengan penumpuan kepada sistem PBS yang didakwa oleh guru tidak boleh digunakan kerana ada kelemahan dalam penggunaan sistem talian dan program pengisian yang tiada penyelarasan.

"Kali ini kita akan pastikan sistem pengisian markah pelajar dapat digunakan dengan lebih mudah melalui penggunaan tidak banyak sistem bagi semua mata pelajaran secara integrasi," katanya selepas merasmikan majlis berkhatan dan bertindik peringkat Parlimen Besut anjuran Majlis Kebudayaan Daerah Besut, di Balai Budaya di Kampung Raja di sini semalam.

Guna satu modul
Menurutnya, kementerian cuba melaksanakan PBS dengan tidak menggunakan tidak terlalu banyak modul penilaian, malah akan dicadangkan dengan hanya satu saja nanti.

Idris bagaimanapun kesal dengan tindakan sesetengah pihak termasuk pembangkang yang cuba memainkan isu PBS tanpa mendalami dengan lebih halus objektif pelaksanaannya.

Katanya sebelum ini pelbagai pihak menyatakan sistem pelajaran di negara ini lebih berorentasikan peperiksaan yang menyebabkan ramai pelajar bosan dan tercicir dalam pelajaran.

"Bertindak balas atas pandangan rakyat, kerajaan memperkenalkan PBS yang menilai dan mendidik pelajar secara menyeluruh dalam semua aspek tetapi kini mereka tetap menyatakan ia tidak sesuai," katanya.

Justeru, Idris meminta semua pihak memahami PBS yang diwujudkan daripada Pelan Pembangunan Pensisikan Malaysia (PPPM), mencakupi semua aspek pendidikan serta berusaha memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas menjelang 2020. - BERNAMA


JANA DUIT DARI BLOG
Jangan klik, kalau anda telah tahu RAHSIA ini :

Tak Perlu Malu!!!!!


"Tidak apa-apa yang perlu dimalukan dengan kekalahan ini. Kami menunjukkan aksi bertenaga," kata pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagopal selepas skuad bimbingannya tewas 1-0 kepada Bahrain pada aksi Kumpulan D kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Nasional Manama, malam kelmarin.

Rajagopal tetap dengan penderian betapa beliau tidak merasa malu dengan kekalahan itu kerana baginya peluang Harimau Malaya masih ada untuk layak apabila memiliki baki dua perlawanan lagi.

Pemain seharusnya tidak panik dan terus berfikiran positif bagi mengharungi baki dua perlawanan itu, iaitu bertemu Qatar di Stadium Shah Alam, Selasa ini dan Yaman pada Mac 2014.

Peluang masih ada
"Kami perlu terus kekal positif kerana masih ada dua lagi perlawanan untuk mempamerkan aksi terbaik. Kami juga perlu ambil setiap perkara dengan positif kerana peluang untuk layak masih ada," katanya yang dipetik menerusi www.gulfdaily-news.com, semalam.

Pengendali berusia 57 tahun itu mengakui berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan anak didiknya apabila berjaya bertahan dan tidak memberi peluang Bahrain menghampiri gawang walaupun menguasai perlawanan.

"Pada separuh masa pertama, kami bertahan dengan baik dan tidak memberi ruang kepada lawan menghampiri gol. Babak kedua, pemain memberi respon baik dengan memiliki beberapa peluang namun gagal disudahkan dengan baik. Keseluruhannya, bukan senang untuk Bahrain meraih kemenangan ini," katanya.

Yang jelas kekalahan itu membawa Rajagopal memilih jalan sukar dan memberi banyak tekanan kepada anak buahnya kerana Harimau Malaya wajib menewaskan Qatar pada perlawanan kelima di Stadium Shah Alam, Selasa ini.

Ini kerana keputusan seri atau tewas akan menyebabkan Malaysia tidak dapat menghuni dua tangga teratas layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia.

selepas empat perlawanan dalam saingan Kumpulan D itu, Malaysia kekal di tangga ketiga dengan mengumpul mata, dibelakang Bahrain (10) dan Qatar (9) manakala Yaman tercorot tanpa sebarang mata.

Pada perlawanan itu, Malaysia berjaya bertahan 70 minit namun minit ke-71, gawang yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat gagal menafikan percubaan Ismaeel Abdulatif selepas bijak menyempurnakan kesilapan Aidil Zafuan Radzak.

Oleh Mohd Fitrie Muhamad (mfitrie@bh.com.my)

JANA DUIT DARI BLOG
Jangan klik, kalau anda telah tahu RAHSIA ini :

Saturday, November 16, 2013

Mini Cooper Hadiah Dapat 5A


Kota Bharu - Siti Nur Fatini Zulaikha Zukila tidak menyangka hasrat memiliki kereta Mini Cooper sebagai hadiah mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menjadi kenyataan.

Semalam, selepas menerima keputusannya, pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Zainab 1 itu mendapat kejutan paling istimewa apabila dihadiahkan kereta idamannya oleh bapanya, Zukila Deraman, 36, seorang peniaga ayam.

Bapanya memandu kereta ke sekolah untuk menunjukkan hadiah kepada anak sulungnya itu. Gambar  Siti Nur Fatini Zulaikha bersama Mini Cooper di hadapan sekolahnya kemudiaannya dimuat naik dalam laman sosial Facebook dan blog oleh ibunya sehingga mendapat komen positif dan negatif.

"Pada awal tahun saya, pernah menyuarakan untuk dihadiahkan kereta berkenaan, namun bapa hanya diam. Kira-kira sebulan sebelum peperiksaan, bapa memberitahu saya akan dapat kereta itu jika mendapat 5A.

"Saya tidak menyangka bapa menunaikan janjinya, malah membawa kereta itu ke sekolah sebagai hadiah kejayaan saya. Ibu memuat naik gambar dalam Facebook sebagai kenangan dan saya tidak menyangka ia menjadi perhatian," katanya ketika ditemui di rumahnya di Tanjung Chat, di sini semalam.

Ibunya, Nor Asiah Mahmud, 31, berkata hadiah kereta adalah sebagai hadiah kejayaan anaknya dan tidak bermaksud untuk menunjuk-nunjuk kemewahan.

"Suami hanya menunaikan janjinya kepada anaknya dan kebetulan kami mampu membelinya. Gambar itu dimuat naik untuk kenangan keluarga dan tiada niat untuk menunjuk.

"Kereta Mini Cooper jenis dua pintu dalam gambar yang dikuat naik dalam Facebook itu bukan kereta sebenar yang akan dihadiahkan. Suami akan bawa balik kereta lain tapi tetap jenama Mini Cooper mungkin empat pintu bagi kemudahan keluarga kami," katanya. 

JANA PENDAPATAN PASIF
klik pautan ini 

Thursday, November 14, 2013

Ramai Guru Mohon Balik Kampung


Kuala Lumpur - Kementerian Pendidikan mendedahkan ramai warga guru di negara ini memohon pulang ke kampung halaman masing-masing berbanding permohonan pertukaran untuk bertugas di tempat sama dengan pasangan.

Keadaan ini menyebabkan kementerian sukar memenuhi keperluan pertukaran guru, apatah lagi ia tertakluk kepada kekosongan perjawatan dan keperluan perkhidmatan.

Tempatkan di kawasan yang sama
Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan, berkata kementerian sentiasa berusaha menempatkan guru bertugas di kawasan yang sama dengan pasangan bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan senang dan selesa.

Bagaimanapun, ramai guru memohon pulang ke kampung halaman masing-masing.

"Isunya, bukan ingin bersama (pasangan), tetapi hendak pulang ke kampung asal. Itu yang susah sikit. Tetapi kalau ingin bersama suami atau isteri itu boleh, kita akan usahakan, tapi ia jarang-jarang berlaku. "Jarang-jarang", bak kata Seniman Agung Tan Sri P Ramlee.

Guru terpaksa berkorban
"Kita juga benarkan guru pulang bertugas ke kampung halaman, misalnya dengan alasan ibu atau bapa sakit, mahupun anak mereka sakit. Tetapi dalam kes ini, ramai guru yang terpaksa berkorban," katanya ketika sesi pertanyaan lisan di Parlimen di sini, semalam.

Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) berkata, berdasarkan rekod kementerian itu, pada 31 Julai lalu sebanyak 94.9 peratus guru sekolah menengah iaitu 142,474 orang tinggal bersama pasangan masing-masing, manakala 5.1 peratus atau 7,711 orang tinggal berasingan.

Bagi guru sekolah rendah pula, katanya 95.5 peratus (190,252 guru) dapat tinggal bersama pasangan mereka dan hanya 4.8 peratus (9,124 guru) terpaksa berasingan dengan pasangan.

Katanya, walaupun jumlahnya kecil, kementerian sentiasa berusaha menempatkan mereka bersama pasangan.

"Kriteria utama diambil kira dalam penentuan kelulusan pertukaran guru ialah keperluan perkhidmatan dan kekosongan opsyen di negeri dimohon serta guru di situ tidak boleh melebihi bilangan diluluskan mengikut waran perjawatan negeri terbabit," katanya.

oleh :
Mohd Azrone Sarabatin
Haspaizi Mohd Zain
Suhaila Shahrul Annuar

JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo

Ubah persepsi Terhadap Kolej Vokasional


Kuala Lumpur - Masyarakat perlu mengubah persepsi yang menganggap pelajar kolej vokasional sukar menempa kejayaan semata-mata tidak menduduki peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia (SPM).

Pengarah Kolej Vokasional Kajang, Mohd Ghazaly Haroun, berkata pelajar kolej vokasional sebaliknya berpeluang mengikut kursus singkat terus ke peringkat diploma, sekaligus dapat menjimatkan masa pengajian.

Transformasi pendidikan
"Ini transformasi pendidikan bagi mencapai status negara maju, dengan kursus selama empat tahun ditawarkan kepada lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk mendapatkan diploma.

"Pelajar terbabit lebih berkemahiran serta dapat bekerja seawal usia 19 tahun berbanding kaedah biasa perlu dilalui pelajar institusi pengajian awam (IPTA) yang rata-rata menamatkan pengajian diploma pada usia 21 tahun," katanya pada Program KV-KTM Mobile Fair 2013 di sini, baru-baru ini.

Sebanyak 13 kolej vokasional zon Selangor dan Wilayah Persekutuan menyertai program berkenaan.


JANA DUIT DARI BLOG
Jangan klik, kalau anda telah tahu RAHSIA ini :

Wednesday, November 13, 2013

Bentang Hasil Kajian Kurang Beban Guru

Kuala Lumpur - Kementerian Pendidikan akan membentangkan hasil kajian mengurangkan beban tugas guru di negara ini membabitkan empat lapangan kajian pada Persidangan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS Summit), minggu depan.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan, berkata empat lapangan kajian  terbabit ialah beban tugas guru, ketidaksepadanan opsyen guru, saiz kelas yang ideal dan pertindihan pangkalan data.

Beliau berkata, kajian yang dibentangkan nanti akan disusuli cadangan bagi mendapatkan pandangan dan arahan selanjutnya dalam usaha mengurangkan beban tugas guru secara holistik dan efektif.

"Melalui NBOS, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah memperluaskan skop kajian bagi mengurangkan beban tugas guru," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd Johari Baharom (BN-Kubang Pasu) di Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, kerajaan juga melaksanakan penempatan tambahan seorang pembantu tadbir (perkeranian/operasi) Gred N17 di sekolah Kementerian Pendidikan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Kamalanathan berkata, penempatan tambahan pembantu tadbir itu membabitkan 634 pekerja kontrak bagi mengurangkan beban tugas guru di Kedah dan Sabah bermula 17 Jun lalu hingga 31 Disember ini.

Katanya, kementerian juga melaksanakan pengintegrasian data untuk mengelakkan pertindihan pengisian data pada peringkat sekolah dengan menggunakan satu sistem saja yang dinamakan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).

Selain itu, beliau berkata, kementerian turut  menjalankan kajian Pemantapan Profesion Guru (PPG) yang membabitkan penempatan dan pelaksanaan rintis seramai 313 pembantu tadbir (perkeranian/operasi) Gred N17 di setiap sekolah di Melaka bermula awal tahun lalu hingga akhir tahun ini.

oleh :Mohd Azrone Sarabatin,Haspaizi Mohd Zain & Mohd Nasruddin Parzi
bhnews@bh.com.my

JANA PENDAPATAN PASIF
,klik pautan ini 


Monday, November 4, 2013

PANAS : JANA PENDAPATAN PASIF ( 1 KLIK = RM0.15 )

Bosan tiada sales dalam program affiliate pay per sale (PPS) yang disertai?

Di IklanSticky.com, kami sedia membayar komisyen tanpa pelawat membuat pembelian. Komisyen anda akan bayar komisyen berdasarkan beberapa klik yang anda berjaya kumpul dalam sesuatu kempen. Kami namakannya program Pay Per Click (PPC).

Program PPC Paling Sempoi
Kami adalah platform PPC yang paling sempoi dan paling mudah menolong anda menjana pendapatan di internet sebagai seorang agen Iklansticky.

Kadar Bayaran Per Klik Tinggi
Dengan setiap klik yang dihasilkan, anda akan dibayar RM0.15, semakin banyak klik anda dapat, semakin banyak komisyen akan dibayar pada hujung bulan nanti.

Lebih Senang Hasil Klik
Copy dan paste banner yang menarik dalam pelbagai saiz untuk menarik perhatian pelawat.

Cash out Yang Senang
Sebaik sahaja anda berjaya mengumpul min 100 klik atau bersamaan RM15.00. Komisyen akan dibayar terus ke akaun bank anda.

Klik sini untuk maklumat lanjut : http://bit.ly/1bRUrYo 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...