Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger





Jika ingin mencari soalan-soalan dan SKEMA JAWAPAN dalam blog ini dengan pantas, sila "Search Button" di bawah ini.

Monday, June 27, 2011

Petikan Daripada Berita Harian : Chong Wei Mantap Menjuarai Terbuka Indonesia 2011


LEE Chong Wei meraikan kejuaraan keenamnya tahun ini dengan catatan manis apabila melakar hatrik kejuaraan perseorangan lelaki badminton Terbuka Indonesia selepas menewaskan pemain Denmark, Peter Gade Christensen di Istora Senayan, semalam.

Pemain nombor satu dunia itu yang setakat ini sudah empat kali menjuarai Terbuka Indonesia selepas mengungguli pada 2007, 2009 dan 2010 nyata sukar ditandingi oleh Christensen apabila mudah menamatkan saingan dengan 21-11, 21-7 dalam masa hanya 31 minit.

Malah, dalam pertarungan itu, Chong Wei, 29, hanya membenarkan lawan sekali saja mendahului pada set pertama pada kedudukan 3-2, sebelum langsung tidak membenarkan Christensen memintasnya hingga ke mata penamat, sekali gus mengekalkan rekod cemerlang mengungguli 13 daripada 14 pertemuannya dengan bekas pemain nombor satu dunia berusia 35 tahun itu.

“Saya bermain dengan penuh keyakinan dan tidak terjejas langsung dengan gelagat penonton,” kata Chong Wei kepada wartawan mengenai suasana bising penonton yang bersorak setiap kali dia melakukan smash.

“Tentu sekali Peter adalah seorang pemain yang bagus... tetapi kami sudah bermain menentang antara satu sama lain sebanyak 14 kali, maka saya tahu bagaimana cara dia mencorakkan permainannya.”

Chong Wei yang mara ke tujuh final tahun ini telah memenangi lima kejuaraan sebelum ini - Terbuka Malaysia, Grand Prix Emas, Seluruh England, Terbuka India dan Masters Final - dan satu-satunya kekalahan yang dialaminya ialah kepada jaguh China Lin Dan di Terbuka Korea Januari lalu.

Laluannya ke final Terbuka Indonesia kali ini agak mudah apabila memulakan saingan menentang pemain muda tuan rumah Tommy Sugiarto di pusingan pertama, menewaskan pemain ranking ke-27 dari Hong Kong, Wong Wing Ki di pusingan kedua, menyingkirkan pilihan ketujuh dari Vietnam, Nguyen Tien Minh di suku akhir sebelum mengetepikan pilihan keempat dari China, Chen Long di separuh akhir.

Usaha Chong Wei memburu kejuaraan hatriknya menjadi lebih mudah apabila seteru utamanya, Lin Dan yang dijangka menjadi lawannya pada final tersingkir awal secara mengejut di pusingan kedua kepada pemain Jepun, Sho Sasaki.

Kemenangan semalam membolehkan Chong Wei membawa pulang hadiah wang tunai AS$45,000 (RM136,822) kejohanan yang menawarkan hadiah kedua termahal selepas Terbuka Korea, manakala Christensen membawa pulang AS$22,500 (RM136,822).

Sementara itu, dalam perseorangan wanita, pemain India, Saina Nehwal gagal mempertahankan kejuaraan yang dikuasainya sejak dua tahun lalu selepas tewas kepada pemain nombor tiga dari China, Wang Yihan 12-21, 23-21, 21-14.


Sunday, June 26, 2011

Petikan Daripada Berita Harian : Subjek Vokasional di sekolah dimansuhkan mulai tahun depan

KULIM: Mata pelajaran vokasional (MPV) akan dimansuhkan di semua sekolah harian secara berperingkat mulai tahun depan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, langkah berkenaan dibuat sejajar dengan proses transformasi pengajian teknik dan vokasional seperti yang ditetapkan kerajaan baru-baru ini.

"Semua sekolah harian selepas ini tidak lagi diajar MPV. Bagi mereka yang berminat belajar dalam bidang tersebut, kerajaan akan menyediakan peluang di Kolej Vokasional menerusi Program Asas Vokasional (PAV).

"PAV ini dikhususkan untuk pelajar peringkat Tingkatan 1 hingga 3 dan mereka turut diberikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Panglima Besar di sini, hari ini.

Katanya, berdasarkan perancangan, semua peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran MPV serta Kemahiran Hidup di sekolah harian sedia ada akan dikumpulkan dan diserahkan kepada Kolej Vokasional kelak.

Beliau berkata, kementerian turut bercadang melanjutkan tempoh pengajian peringkat menengah atas kepada tiga tahun berbanding dua tahun di sekolah menengah teknik atau vokasional sebelum ini.

"Selepas pelajar menamatkan peringkat pengajian menengah atas di Kolej Vokasional selama tiga tahun, mereka layak diberikan SKM Tahap IV," katanya.

Dalam perkembangan lain, katanya Kementerian Pelajaran sudah memperuntukkan sejumlah RM242.6 juta untuk Program Biasiswa Kerajaan Persekutuan, Biasiswa Sukan dan Biasiswa Pra-Universiti untuk tahun ini. - BERNAMA

Sunday, June 19, 2011

Petikan Daripada Berita Harian : Puluhan bot dilambung puting beliung di Teluk Buih, Mersing



Oleh Ikhwan Muhammad
bhjb@bharian.com.my

Pusaran angin puting beliung yang melanda Teluk Buih, Air Papan, Mersing, semalam sempat dirakam oleh pembaca setia Berita Minggu

SEBUAH bot nelayan tersadai di jeti kerana diterbangkan puting beliung di
pangkalan Teluk Buih, Mersing, semalam.

MERSING: “Saya hanya mampu berdoa agar puting beliung itu tidak menghala ke arah kami yang sedang berniaga kerana ngeri mengenangkan ribut memusnahkan Bazar Ramadan Melaka tahun lalu yang mengorbankan beberapa mangsa.

"Doa kami dimakbulkan apabila puting beliung itu menghala ke arah Teluk Buih, tetapi tempiasnya saja sudah cukup untuk merosakkan beberapa gerai di sini,” kata Rosli Derani, 42, peniaga pasar lambak Jalan Makam, di sini.

Katanya, ketika kejadian kira-kira jam 3.30 petang kelmarin itu, dia yang berniaga sup tulang dapat melihat dengan jelas pusaran angin bergerak menghala ke Teluk Buih sambil tempiasnya terasa sehingga ke kawasan perniagaan itu.

Walaupun puting beliung yang dilihat bermula dari Pulau Setindan berhampiran Pantai Teluk Buih itu tidak menghala ke pasar lambak, tempiasnya sudah cukup menyebabkan hampir 10 khemah peniaga rosak bersama puluhan bot gentian kaca milik nelayan yang diterbangkan angin.

Kejadian berterusan kira-kira 10 minit itu adalah yang kedua dalam tempoh seminggu di daerah ini dan menggemparkan penduduk sekitar Kampung Air Papan dan Teluk Buih. Walaupun tiada kemalangan jiwa, sekurang-kurangnya empat bot nelayan musnah dan bumbung jeti pangkalan Teluk Buih diterbangkan angin kencang.

Pengunjung dari Kluang, Muslim Abdullah, 46, berkata ketika kejadian beliau yang berada di atas jeti sempat menyelamatkan diri dengan berlindung di kawasan selamat manakala orang ramai di sekitar pantai bertempiaran lari mencari perlindungan dalam keadaan bot gentian kaca berterbangan dibawa angin kencang.

“Bot yang berat itu mampu diterbangkan angin bagaikan kertas yang melayang sebelum jatuh menghempap jeti. Syukur saya dan anak terselamat... kalau terperangkap dalam pusaran angin itu, sukar untuk digambarkan nasib kami," katanya.

Saturday, June 18, 2011

Soalan Pertengahan Tahun @ OTI 1 Tingkatan 5 Tahun 2011 Negeri Terengganu


Soalan ini adalah yang mentah dimana saya tidak mengedit atau membersihkan kekotoran semasa di"scan". Jika terdapat kesalahan pada soalan dwi bahasa sila ikut Bahasa Inggeris. Soalan ini akan ditambah dari semasa ke semasa, ia mengambil masa untuk scan semua soalan tersebut. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada semua, terima kasih....

  • Bahasa Melayu - [K1] [K2]
  • Bahasa Inggeris - [K1] [K2]
  • Sejarah - [K1] [K2]
  • Matematik - [K1] [K2]
  • Pendidikan Agama Islam - [K1] [K2] Dikemaskini : 02/08/2011
  • Matematik Tambahan - [K1] [K2]
  • Fizik - [K1] [K2] [K3]
  • Kimia - [K1] [K2] [K3]
  • Biologi - [K1] [K2]
  • Sains - [K1] [K2]
  • Tasawwur Islam - [K1] [K2]
  • Pengajian Mekanikal - [K1] [K2]
  • Pengajian Elektrik - [K1] [K2]
  • Pengajian Awam - [K1] [K2]
  • Lukisan Kejuruteraan - [K1]
  • Perdagangan - [K1] [K2]
  • Prinsip Akaun - [K1] [K2]

Soalan Fizik Tingkatan 5 - Peperiksaan OTI 1 @ Pertengahan Tahun 2011


Di sini adalah soalan subjek Fizik bagi Peperiksaan OTI 1 @ Pertengahan Tahun 2011 untuk pelajar Tingkatan 5. Kualiti soalan yang di"scan" agak kurang disebabkan saya ingin mengecilkan saiz fail untuk di"upload". Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

FIZIK - [K1] [K2] [K3]

# Jika link ini tidak berfungsi atau fail tidak boleh dibuka, sila tinggalkan pesanan untuk tindakan segera, terima kasih...

Petikan Daripada Harian Metro : PNGK bawah 2 batal PTPTN

SUNGAI PETANI: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menghentikan pinjaman pelajar yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.0 ke bawah.

Anggota Lembaga Pengarahnya, Datuk Tajul Urus Md Zain berkata, tindakan itu bagi memastikan pelajar yang komited dengan pelajaran sahaja diberikan pinjaman.

“PTPTN tidak berkompromi dengan pelajar yang tidak mencapai keputusan memuaskan dan yang mendapat PNGK di bawah 2.0 secara automatik dihentikan pinjaman mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan waran pinjaman kepada pelajar yang memasuki institusi pengajian tinggi di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim semalam.

Pada majlis itu, 432 pelajar dalam kawasan Parlimen Merbok menerima waran pinjaman RM1,500 setiap orang.

Sehubungan itu, Tajul Urus menasihati pelajar berusaha bersungguh-sungguh supaya tidak menghampakan ibu bapa dan kerajaan yang memberi pinjaman bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian.

“Wang PTPTN adalah duit rakyat...jadi, kami terpaksa membuat satu keputusan walaupun pahit untuk diterima,” katanya sambil mengingatkan pelajar menggunakan wang itu secara berhemah.- Bernama

Thursday, June 16, 2011

Cuti Peristiwa Sempena Kemenangan Terengganu Menjulang Piala FA 2011 dan SUKMA 2011



Semua pelajar, guru-guru dan kakitangan SM Teknik Dungun akan bercuti selama 3 hari bermula 17/06/2011 sehingga 19/06/2011 sempena kemenangan Skuad Terengganu dalam Piala FA dan SUKMA 2011... TAHNIAH!!!!


# Gol kemenangan Terengganu dalam Piala FA 2011



# Pelajar asrama akan pulang bercuti dan akan kembali semula ke asrama pada petang Ahad 19/06/2011.

Wednesday, June 15, 2011

Petikan Daripada Berita Harian : Pelarasan harga belum muktamad, KPKK masih bincang dengan Astro

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) sedang berbincang dengan pihak stesen televisyen berbayar Astro berhubung hasrat syarikat itu melakukan beberapa pelarasan harga kepada pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai depan.

Timbalan Menterinya, Datuk Joseph Salang, berkata penyelarasan harga yang diumumkan oleh pihak syarikat televisyen berbayar itu baru-baru ini, masih belum muktamad.

"Kementerian memang sentiasa memantau dan berunding dengan Astro. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, penyelarasan harga yang telah diberitakan belum muktamad.

"Pada masa kini, kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang berunding, meneliti dan menganalisa apakah hajat Astro untuk naikkan harga ini wajar atau tidak," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mohamad meminta supaya kementerian memantau langkah Astro untuk mengenakan bayaran yang agak tinggi terhadap pakej-pakej yang ditawarkan demi kepentingan rakyat.

Sementara itu, Joseph berkata bagi mana-mana perkhidmatan televisyen berbayar termasuk Astro, penetapan kos langganan adalah berdasarkan kos yang ditanggung dalam menyediakan perkhidmatan termasuklah kos pemerolehan dan pembelian kandungan dan hak penyiaran dari pihak ketiga.

Katanya, ini adalah selaras dengan prinsip mengenai penetapan kadar yang diperuntukkan di bawah Seksyen 198, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Oleh itu, setiap kenaikan harga dianalisa oleh pihak SKMM bagi memastikan ianya adalah tindakan yang wajar dan munasabah berasaskan kos dan tidak hanya bermotifkan keuntungan semata-mata," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata berdasarkan pemantauan SKMM didapati Astro tidak menayangkan terlalu banyak iklan komersil, malah secara purata masa iklan yang digunakan oleh Astro hanyalah 19 hingga 20 peratus atau 46-50 minit daripada 240 minit masa yang dibenarkan untuk mereka menyiarkan iklan komersil dalam sehari.

Katanya, kerajaan tidak menghalang penyiaran iklan di Astro mengikut syarat lesen yang membenarkannya menyiarkan iklan komersil tidak lebih daripada 10 minit bagi setiap jam di setiap saluran.

"Kebanyakan iklan di saluran Astro adalah berbentuk promosi saluran-saluran atau rancangan-rancangan Astro lain.

"Ini tidak dianggap sebagai iklan komersial kerana masa penyiaran tersebut tidak memberi pulangan kepada Astro," katanya.

Selain itu, beliau berkata kerjaan turut menetapkan syarat lesen Astro untuk menyiarkan Pengumuman Khidmat Awam (Public Service Announcement-PSA) selama satu minit setiap jam siaran di 10 saluran. - BERNAMA

Tuesday, June 14, 2011

Petikan Daripada Utusan Malaysia : Program Pelajaran Ekuin diperkenal di sekolah

KUALA TERENGGANU 13 Jun - Jabatan Pendidikan Teknikal dan Vokasional Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Majlis Ekuin Malaysia (MEM) telah memperkenalkan Program Pelajaran Ekuin kepada para pelajar di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional sebagai subjek pilihan bermula tahun ini.

Setiausaha Eksekutif MEM, Datuk Malek Jeremiah berkata, program tersebut melibatkan pelajar tingkatan empat yang layak menyertai 'National Occupational Skills Standards in Equine 2012.'

Mereka bakal menjadi kelompok lepasan sekolah pertama yang memilih kerjaya di dalam industri ekuin.

Katanya, setakat ini, dua buah sekolah di Selangor telah dipilih menawarkan program perintis itu iaitu Sekolah Menengah Teknik Kajang dan Sungai Buluh.


"Kewujudan pelajaran ekuin di peringkat sekolah merupakan galakan tambahan kepada sukan ekuin dan ekuestrian negara apabila minat dalam sukan ini dapat diterapkan pada usia muda.

''Ia memberi peluang kepada mereka menggilap bakat lebih awal selain memberi peluang baru dalam bidang kerjaya yang makin berkembang.

"Kita yakin dengan sokongan kementerian terhadap sukan ini di kalangan pelajar mampu membawa negara berkembang lebih jauh dalam industri ekuin," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Terengganu Equesterian Resort (TER), baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, MEM sedang melatih seramai 10 orang guru dari kedua-dua buah sekolah terbabit untuk menjadi jurulatih bertauliah bagi membolehkan mereka melatih pelajar-pelajar masing-masing.

Katanya, latihan selama dua tahun itu merangkumi latihan menunggang, pengurusan, penjagaan serta peladaman kuda di mana latihan berkenaan mengikut silibus yang telah diguna pakai oleh kerajaan Australia dalam bidang yang sama.

"Selepas guru-guru tersebut tamat latihan itu, mereka akan diberi sijil tauliah dan turut berpeluang menceburi bidang ekuin selain melatih pelajar-pelajar mereka," ujarnya.

Sementara itu, Malek turut memaklumkan bahawa pihaknya turut membiayai sebuah sekolah maahad tahfiz yang terletak di Selangor untuk menyertai kelab poni selain seorang gadis dari negeri Kelantan yang dihantar ke Australia untuk mengikuti kursus Diploma Pengurusan Kuda.

"Kita berharap dengan cara ini dapat melahirkan lebih ramai mereka yang mahir dalam bidang ini," jelasnya.

Pelancaran Laman Web Rasmi SM Teknik Dungun


www.smteknikdungun.com
Akhirnya saat yang ditunggu akhirnya tiba, di mana Tuan Pengetua SMaTeD iaitu Tuan Haji Awang B Junoh telah merasmikan laman web rasmi SMaTeD. Ia boleh dilayari di alamat www.smteknikdungun.com .

Ini memudahkan bagi semua pihak untuk mengetahui perkembangan semasa bagi sekolah ini. Semoga kemudahan ini dapat mendekat lagi orang ramai dengan SMaTeD ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...